Dari malam tadi hujan mula turun...bukan lebat seakan hujan yang berlarutan dan semestinya berlarutan dipagi...tidur pasti nyenyak(andai cuti telah lama aku tidur!!!),tapi ada tugas yang aku habiskan untuk hari ini sebelum melangkah pulang jam 5ptg.ada atau tiada aku pasti berada disini....
perjalanan menuju ke destinasi aku mencari rezeki memakan masa lebih kurang 45min-1jam.itu adalah masa perjalanan bagiku...bagi yang membawa kereta dengan laju dan memotong-motong lori yang sarat,insyaallah dlm 1/2 jam pasti sampai...
senario pagi dengan kereta yang menghala ke pejabat masing-masing adalah dengan cara mereka..ada yang menikmati pagi dengan santai..jadi kereta yang dipandu amat lah perlahan sekali..walaupun santai jangan la menyantaikan pengguna jalanraya yang lain...dengan kelajuan 40km/jam adalah tidak relevan dengan jalan dua "lane" itu...andaipun ingin bersantai....perhatikan keadaan sekeliling..diwaktu puncak orang keluar ke pejabat..bawalah kereta dengan kadar yang "constant".bukan seperti jalan itu anda yang punya....
bagi aku,aku membawa kereta bergantung dengan keadaan diri aku pada pagi itu..andai nya ada keberanian untuk memotong..aku potong lori-lori yg sarat dengan muatan...andai aku maukan santai biarkan kelajuan dalam 80-100km/j.andai ada kegilaan dipagi hari,120-140km/j aku sebat..itu pada jalan yang lurus dan kurang kenderaan...tapi pagi ini hari hujan,hujan membuatkan aku takut untuk melajukan kelajuan kereta ku....keselamatan nyawa lebih penting dari aku menggadaikan nyawa dijalanan..biar lambat asal selamat itu yang aku tanamkan dalam diri....andai anda orang ingin memotong..memotong sahaja tapi jangan dengan tiba-tiba menyelit kedepan kenderaan ku...aku tidak gemar caranya begitu...menyentak ketenangan aku untuk menikmati perjalanan pagi.pasti akan ada kemarahan pada hati!!!silap-silap ada ayat termaki disitu..tapi bukan orang nya yang dengar..aku sendiri yang mengomel
Hello world!
12 years ago
No comments:
Post a Comment